Manusia.

PERKONGSIAN ILMU
ūüėĒūüėĒūüėĒ

Manusia Tidak Terasa Peranan Tuhan

Manusia sudah salah berfikir
Dan juga sudah terlalu rosak jiwanya
Kerana sudah tidak terasa lagi
Tuhan berperanan di dalam kehidupannya
Apa sahaja yang dibuat adalah peranan mereka
Tidak terfikir lagi Tuhan ada peranan di dalam usaha mereka
Kerana itulah jika berjaya, mereka megah dan bangga
Kalau gagal, mereka kecewa
Tidak terfikir lagi itu adalah takdir Tuhan
Tuhan tidak ada dalam kamus hidup mereka
Mereka tidak terfikir lagi Tuhan campur tangan di dalam urusan mereka
Walaupun mereka percaya kepada Tuhan
Namun pada mereka Tuhan seolah-olah tidak ada peranan
Mereka tidak ambil kira dengan Tuhan
Mereka merasa adanya Tuhan macam tidak ada
Ada dengan tidak ada pada mereka sama sahaja
Pada mereka Tuhan bukan pencatur hidup mereka
Tuhan tidak lagi dirasakan penentu hidup mereka
Kerana itu mereka tidak perlu kepada Tuhan
Kalau mendapat kejayaan adalah kejayaan mereka
Mereka tidak pula mengaitkan dengan Tuhan
Jika tidak berjaya mereka kecewa
Mereka tidak tahu ini adalah takdir Tuhan
Begitulah majoriti manusia di dunia di waktu kini
Tuhan kepada mereka seolah-olah tidak ada campur tangan dengan kehidupan mereka
Sungguh rosak aqidah manusia…

Satria Peningit

Merancang.

KENAPA MASJID DAN TABLIGH MENJADI MANGSA?

Seorang ulama’ besar di Tarim, SYEIKH ABU BAKAR AL ADNI adalah di antara ulama tertua di Yaman ketika ini. Beliau menulis sebuah buku tentang peristiwa akhir zaman yang ditulis lebih sepuluh tahun lepas. Dalam buku tersebut tertulis tentang peristiwa sebelum kedatangan al masih ad dajjal. Antaranya beliau menulis,.. “sebelum datangnya dajjal akan ada satu wabak yang membunuh ramai manusia. Wabak ini akan bermula dari sebelah timur dan merebak ke barat dan tersebar rata keseluruhan bumi.”
Jelas sebelum beliau menulis, wabak ini disebabkan oleh ‘corona’ dan dimulai dengan demam dan akhirnya dengan kematian.

ADAKAH INI SATU KONSPIRASI?
Kekuatan orang islam adalah melalui jemaah dan doa. Masjid adalah satu tempat yang dijamin Allah. Di sinilah Allah menurunkan RahmatNya. Di sini jugalah tempat mustajabnya doa. Dari sini datangnya zikir², tasbih, tahmid dan segala pujian dari hamba kepada Penciptanya silih berganti tanpa henti dan dari sinilah mengalirnya barokah² keseluruhan alam.
Dajjal tidak akan turun selagi masih banyak kebaikan di muka bumi ini. Dajjal turun adalah untuk mengangkat dirinya sebagai tuhan. Maka sebab itu sebelum turunya dajjal, tentera²nya dajjal akan mempersiapkan segala keadaan selari dengan kehendak tuannya, Dajjal. Manusia dalam kebingungan, antara iman dan nafsu. Antara iman dan perut. Mereka tidak boleh membezakan antara yg hak dan batil. Antara benar dan fitnah.

KENAPA MASJID?
Kerana dari sinilah datangnya kekuatan lslam. Kekuatan datang dari jamaahnya. Dari jamaah masjidlah datangnya kasih sayang sesama insan. Dari masjidlah hilangnya pangkat dan rupa.
Inilah sumber kekuatan.
Inilah yang perlu dimusnahkan dulu.
Umat lslam mula kebingungan….begitu mudah mengambil tindakan yang memusahkan kekuatan bentengnya sendiri. Tanpa disedari… Mereka gagal membezakan tipudaya dan muslihat musuh. Mereka lupa akan janji Allah. Mereka lupa janji Rasul.

KENAPA JAMAAH TABLIGH?
Sedar atau tidak,
Mahu ataupun tidak, kita mesti mengakui bahawa yang menghidupkan masjid, dan yang mengimarahkan masjid 24 jam tanpa henti seluruh muka bumi ini adalah JAMAAH TABLIGH. Walaupun tanpa organisasi, tapi perjalanan mereka tersusun serta terancang meliputi setiap zon seluruh dunia tanpa gagal. Silih berganti dari satu tempat ke satu tempat. Tiada satu zon yang kosong di serata dunia tanpa kehadiran mereka. Mereka lah yang menarik rahmat Allah. Mereka lah juga yang memanggil barokah. Dan kita yang mendapat tempiasnya.

KINI……mereka difitnah. Dirosakkan reputasinya. Dipersalahkan kehadiranya.
AKIBATNYA…..Keberadaannya ditakuti. TERSISIH dan akhirnya terpecah dan musnah.

KENAPA CHINA?
Kami pernah diberitahu oleh guru kami kira² lima tahun lepas. Beliau mengatakan suatu masa nanti menjelang akhir zaman semua negara² Islam akan duduk berpayung di bawah negara China. Ini adalah kerana negara China kelihatan seolah² membela mereka. Memberi apa yang mereka perlukan. Melindungi dari ancaman negara barat. Memberi peluang ekonomi. Ini menyebabkan negara China ni menjadi gah dan berkuasa. Tapi akhirnya negara² Islam ini akan berperang dengan china. Sebabnya, ……guru kami tidak memberitahu. Hanya setakat itu je.

Dari peristiwa covid-19 ini kita boleh lihat dan menjangka bagaimana datangnya dajjal. Bagaimana dajjal mengatur tipudaya dan mulihatnya tanpa kita sedari hingga kita semua mengikutinya tanpa sebarang bantahan. Kita mengikut kerana arahan orang yang kita percayai dan kita tidak membantah kerana kita nampak seperti betul. Mereka datang dengan janji neraka di tangan kanan dan janji syurga di tangan kiri. Kita terkeliru untuk membuat pertimbangan.
Beruntunglah mereka yang pada waktu itu ada guru. Guru yang mursyid. Yang boleh dipaut pertolongannya. Guru inilah yang in syaa Allah… boleh nampak antara hak dan batil dan betul dalam membuat pilihan dan tindakan.

Terbukti ketika ini, walau dalam suasana darurat, terkurung dan terbatas, dengan bimbingan guru² mursyid, kita yang tak beberapa orang ni, kita masih boleh melakukan semua aktiviti seperti biasa tanpa melanggari arahan pemerintah.

Mereka (guru²) nampak dan tahu apa² yang orang lain tidak nampak dan tidak tahu.
CARILAH GURU MURSYID (guru yang sebenar guru, yang memperkenalkan kita kepada Allah dan Rasul Nya serta ahli²Nya) MULAI SAAT INI UNTUK KITA PEGANG DAN PAUT.

SEGALANYA BUKAN SECARA KEBETULAN. MEREKA MERANCANG, ALLAH JUGA MERANCANG. HANYA ALLAH YANG SEBAIK² PERANCANG*
Semoga Allah sentiasa membuka matahati kita untuk mengambil pengajaran dan peringatan atas segala yang terjadi. YA ALLAH, SESUNGGUHNYA APA YG BERLAKU INI TIDAK SIA². MAHA SUCI ALLAH, JAUHKAN LAH KAMI DARI API NERAKA.
AAMIIIIIIN,.. ūü§≤