Manusia.

PERKONGSIAN ILMU
😔😔😔

Manusia Tidak Terasa Peranan Tuhan

Manusia sudah salah berfikir
Dan juga sudah terlalu rosak jiwanya
Kerana sudah tidak terasa lagi
Tuhan berperanan di dalam kehidupannya
Apa sahaja yang dibuat adalah peranan mereka
Tidak terfikir lagi Tuhan ada peranan di dalam usaha mereka
Kerana itulah jika berjaya, mereka megah dan bangga
Kalau gagal, mereka kecewa
Tidak terfikir lagi itu adalah takdir Tuhan
Tuhan tidak ada dalam kamus hidup mereka
Mereka tidak terfikir lagi Tuhan campur tangan di dalam urusan mereka
Walaupun mereka percaya kepada Tuhan
Namun pada mereka Tuhan seolah-olah tidak ada peranan
Mereka tidak ambil kira dengan Tuhan
Mereka merasa adanya Tuhan macam tidak ada
Ada dengan tidak ada pada mereka sama sahaja
Pada mereka Tuhan bukan pencatur hidup mereka
Tuhan tidak lagi dirasakan penentu hidup mereka
Kerana itu mereka tidak perlu kepada Tuhan
Kalau mendapat kejayaan adalah kejayaan mereka
Mereka tidak pula mengaitkan dengan Tuhan
Jika tidak berjaya mereka kecewa
Mereka tidak tahu ini adalah takdir Tuhan
Begitulah majoriti manusia di dunia di waktu kini
Tuhan kepada mereka seolah-olah tidak ada campur tangan dengan kehidupan mereka
Sungguh rosak aqidah manusia…

Satria Peningit

Merancang.

KENAPA MASJID DAN TABLIGH MENJADI MANGSA?

Seorang ulama’ besar di Tarim, SYEIKH ABU BAKAR AL ADNI adalah di antara ulama tertua di Yaman ketika ini. Beliau menulis sebuah buku tentang peristiwa akhir zaman yang ditulis lebih sepuluh tahun lepas. Dalam buku tersebut tertulis tentang peristiwa sebelum kedatangan al masih ad dajjal. Antaranya beliau menulis,.. “sebelum datangnya dajjal akan ada satu wabak yang membunuh ramai manusia. Wabak ini akan bermula dari sebelah timur dan merebak ke barat dan tersebar rata keseluruhan bumi.”
Jelas sebelum beliau menulis, wabak ini disebabkan oleh ‘corona’ dan dimulai dengan demam dan akhirnya dengan kematian.

ADAKAH INI SATU KONSPIRASI?
Kekuatan orang islam adalah melalui jemaah dan doa. Masjid adalah satu tempat yang dijamin Allah. Di sinilah Allah menurunkan RahmatNya. Di sini jugalah tempat mustajabnya doa. Dari sini datangnya zikir², tasbih, tahmid dan segala pujian dari hamba kepada Penciptanya silih berganti tanpa henti dan dari sinilah mengalirnya barokah² keseluruhan alam.
Dajjal tidak akan turun selagi masih banyak kebaikan di muka bumi ini. Dajjal turun adalah untuk mengangkat dirinya sebagai tuhan. Maka sebab itu sebelum turunya dajjal, tentera²nya dajjal akan mempersiapkan segala keadaan selari dengan kehendak tuannya, Dajjal. Manusia dalam kebingungan, antara iman dan nafsu. Antara iman dan perut. Mereka tidak boleh membezakan antara yg hak dan batil. Antara benar dan fitnah.

KENAPA MASJID?
Kerana dari sinilah datangnya kekuatan lslam. Kekuatan datang dari jamaahnya. Dari jamaah masjidlah datangnya kasih sayang sesama insan. Dari masjidlah hilangnya pangkat dan rupa.
Inilah sumber kekuatan.
Inilah yang perlu dimusnahkan dulu.
Umat lslam mula kebingungan….begitu mudah mengambil tindakan yang memusahkan kekuatan bentengnya sendiri. Tanpa disedari… Mereka gagal membezakan tipudaya dan muslihat musuh. Mereka lupa akan janji Allah. Mereka lupa janji Rasul.

KENAPA JAMAAH TABLIGH?
Sedar atau tidak,
Mahu ataupun tidak, kita mesti mengakui bahawa yang menghidupkan masjid, dan yang mengimarahkan masjid 24 jam tanpa henti seluruh muka bumi ini adalah JAMAAH TABLIGH. Walaupun tanpa organisasi, tapi perjalanan mereka tersusun serta terancang meliputi setiap zon seluruh dunia tanpa gagal. Silih berganti dari satu tempat ke satu tempat. Tiada satu zon yang kosong di serata dunia tanpa kehadiran mereka. Mereka lah yang menarik rahmat Allah. Mereka lah juga yang memanggil barokah. Dan kita yang mendapat tempiasnya.

KINI……mereka difitnah. Dirosakkan reputasinya. Dipersalahkan kehadiranya.
AKIBATNYA…..Keberadaannya ditakuti. TERSISIH dan akhirnya terpecah dan musnah.

KENAPA CHINA?
Kami pernah diberitahu oleh guru kami kira² lima tahun lepas. Beliau mengatakan suatu masa nanti menjelang akhir zaman semua negara² Islam akan duduk berpayung di bawah negara China. Ini adalah kerana negara China kelihatan seolah² membela mereka. Memberi apa yang mereka perlukan. Melindungi dari ancaman negara barat. Memberi peluang ekonomi. Ini menyebabkan negara China ni menjadi gah dan berkuasa. Tapi akhirnya negara² Islam ini akan berperang dengan china. Sebabnya, ……guru kami tidak memberitahu. Hanya setakat itu je.

Dari peristiwa covid-19 ini kita boleh lihat dan menjangka bagaimana datangnya dajjal. Bagaimana dajjal mengatur tipudaya dan mulihatnya tanpa kita sedari hingga kita semua mengikutinya tanpa sebarang bantahan. Kita mengikut kerana arahan orang yang kita percayai dan kita tidak membantah kerana kita nampak seperti betul. Mereka datang dengan janji neraka di tangan kanan dan janji syurga di tangan kiri. Kita terkeliru untuk membuat pertimbangan.
Beruntunglah mereka yang pada waktu itu ada guru. Guru yang mursyid. Yang boleh dipaut pertolongannya. Guru inilah yang in syaa Allah… boleh nampak antara hak dan batil dan betul dalam membuat pilihan dan tindakan.

Terbukti ketika ini, walau dalam suasana darurat, terkurung dan terbatas, dengan bimbingan guru² mursyid, kita yang tak beberapa orang ni, kita masih boleh melakukan semua aktiviti seperti biasa tanpa melanggari arahan pemerintah.

Mereka (guru²) nampak dan tahu apa² yang orang lain tidak nampak dan tidak tahu.
CARILAH GURU MURSYID (guru yang sebenar guru, yang memperkenalkan kita kepada Allah dan Rasul Nya serta ahli²Nya) MULAI SAAT INI UNTUK KITA PEGANG DAN PAUT.

SEGALANYA BUKAN SECARA KEBETULAN. MEREKA MERANCANG, ALLAH JUGA MERANCANG. HANYA ALLAH YANG SEBAIK² PERANCANG*
Semoga Allah sentiasa membuka matahati kita untuk mengambil pengajaran dan peringatan atas segala yang terjadi. YA ALLAH, SESUNGGUHNYA APA YG BERLAKU INI TIDAK SIA². MAHA SUCI ALLAH, JAUHKAN LAH KAMI DARI API NERAKA.
AAMIIIIIIN,.. 🤲

Dapat isteri baru.

Terjadi di Perak.. ambil ikhtibar..

Setelah selesai solat Zohor di sebuah masjid di Kampung Manjoi… Disebabkan takut jem.. aku bergegas ke kereta. Tetapi ketika diparking langkahku terhenti seketika… ada sebuah dompet besar betul² terjatuh di tepi kereta ku. Dengan hati² aku angkat dompet itu. Agak berat berisi.

Rasa serba salah, dengan terpaksa demi untuk mengetahui identiti pemiliknya, aku buka dompet itu dan menemukan sebuah envelop besar dari nama sebuah bank. Aku baca didalamnya juga ada nama dan alamat, serta sejumlah wang. Duit note RM100 dalam 10 ikatan yang tebal. Aku panik. Antara keliru dan rasa amanah, aku kembali ke masjid. Wang ini harus aku cari pemiliknya. Tapi tanya semua jemaah, tak seorang pun yang kenal.

Aku tidak ada pilihan selain mencari pemiliknya….. Lantas aku bergegas memandu ke alamat yang ada dibungkusan wang itu. Ketika sampai, aku cuba beri salam dan mengetuk pintu pagar rumah. Keluar seorang lelaki yang sudah berumur berperawakan tinggi, berkulit putih cerah kearab-araban yang menjawab salam dan bertanya “mahu mencari siapa..?”

Aku bagi tau dia “Saya hendak berjumpa dengan Tuan Haji Salim, betulkah rumah ni..?”

“Saya Hj Salim.. ada apa encik..?”

“Pak Haji tadi solat di masjid di Ittihadiah..” tanya ku.

“Ya.. Betul..”

“Pak Haji tadi ada bawa apa² tak, waktu pegi solat..?”

Dia menjawab “Astaghfirullah.. iya .. saya bawa dompet besar coklat dan dari tadi saya mencari-carinya.. Saya lupa dimana letaknya..” Pandangannya ke arah saya penuh dengan tanda tanya.

Aku pergi ke kenderaan dan mengeluarkan dompet besar yang aku jumpa tadi. “Dompet yang ini ke Tuan Haji..?”

“Ya..ya.. yang itu.. Alhamdulillah.. terima kasih nak.. Dalam tas ini bapak simpan wang yang bapak baru ambik dari Bank tadi..”

Tanpa banyak bicara, aku serahkan dompet itu dan minta diri untuk pulang.

Tapi aku ditahan pak Haji Salim “Tunggu nak, ada yang ingin saya hadiahkan padamu sebagai tanda terima kasih saya..”

Hj Salim yang berwajah arab ini, lalu memanggil nama seorang wanita. Tidak lama kemudian muncul seorang wanita berhijab…. mata bertentang mata… cair hati tak terkata… degup jantung kencang tak terkira….

“Nak ini anak saya. Dia belum menikah. Dia janji akan menikah dengan laki² yang baik dan jujur seperti kamu..”

Aku terkejut bewak.. Dengan tergagap aku berkata, “Maaf Tuan Hj, saya sudah beristeri. Saya kena bincang dengan isteri saya.. dan mintak izin dengan dia tentang rancangan Tuan Hj ni..”

Hj Salim tersenyum, dia kata “Bertenang nak, nanti biar saya yang minta izin dari isterimu. Ada no hp nya..?”

Aku mengangguk lesu.. malu tapi mau…mana tak maunya….. Anak dia punya la cun…. lalu aku pun bagi la no hp wife aku. Tuan Haji Salim terus dial nombor tu….dan dia bagitau cerita sebenar……

Tubuh aku tiba² mengigil…… apalagi saat telefon tu diberikan kepada aku…. katanya isteri ku mahu bercakap dgn aku, terlintas di fikiranku…… apalah aku nak jawab nanti…

Bagaikan halilintar membelah bumi…. Di saat terdengar suara isteri ku bercakap dengan agak kuat…

“Bang…. bang…. Abangggg bangun..!! Asar dah nak abis ni…”

Hari² cerita politik pun boring gak kan…..😅😅

Relax

TAHUKAH MEREKA.

Apakah yang DS Najib akan lakukan terhadap Tun M jika pada masa ini DS Najib masih memegang jawatan sebagai PM?

Jawapan DS Najib.

Jika masa ini saya masih PM. saya boleh saja menggunakan mahkamah untuk bicarakan Tun M, namun dalam usia beliau 93th saya akan di katakan derhaka kepada orang tua

Di samping itu juga kita perlu ingat bahawa selain dari mahkamah dunia kita masih ada mahkamah di Akhirat.

Maka saya fikir biarlah Mahkamah Akhirat yang menentukan nasibnya disana.

Sesungguhnya saya tidak akan bertindak sekejam itu kepada orang Tua. 😞

DS Najib siap kata lagi kita rileks-rileks sudahlah Ridzwan. sebaik-baiknya minta pertolongan dari ALLAH SWT.

Itulah bezanya DS Najib dan Tun M

Yang sayang DS Najib sila tekan 1 atau Like tanda sokongan untuk Bossku Najib

SEBARKAN

Jauh

Sebelum Negara China diserang Coronavirus Presidennya dengan bangga dan angkuh berucap dlm satu mjlis “Tiada kuasa yg mampu menyekat kemajuan negara besar kami, tiada kuasa yg mampu mnyekat kemajuan negara dan kehebatan negara kami”.

Dalam masa yg sama China memenjara, menyiksa, memisahkan ahli keluarga rakyatnya yg beragama Islam, etnik Uighur dan mereka bermati matian menafikannya walaupun berita berkaitan tular seluruh dunia.

Demi mengenang dan belas kasih umat islam pada saudara seagama di China banyak masjid² di seluruh dunia bersatu membuat solat hajat dan berdoa memohon pd ALLAH selamatkanlah saudara seagama kami di China yg sedang dizalimi.

Sungguh ALLAH itu maha pengasih lg maha mendengar keluhan hambanya. Bukan bumi China diterbalikkan, bukan ribut taufan yg ALLAH hantar membadai ,bukan juga kebakaran besar yg membakar tp ALLAH mengantar azab yg lebih dahsyat dr semua itu. Itulah CORONAVIRUS.

Dasyatnya Coronavirus sehingga dianggap bencana yg mampu meruntuhkan tembok besar China yg dibanggakan mereka. Kenapa Coronavirus dianggap bencana besar kepada China?

  • Hampir lima juta rakyat Wuhan keluar meninggalkan bandar itu. Wuhan kini digelar bandar berhantu, sunyi sepi hampir semua perniagaan ditutup. Stesyen keretapi dihentikan. Rakyat berkurung dlm rumah sepanjang masa.
  • Bukan saja Wuhan hari ini Coronavirus merebak ke seluruh bandar² besar China.

-Antara yg paling terkesan dan menanggung tekanan yg hebat adalah doktor² dan jururawat² di hospital yg 24 jam terpaksa berjaga merawat mangsa² Coronavirus, dalam masa yg sama mereka juga sangat takut dijangkiti hingga ada pesakit² yg terpaksa dibiarkan mati begitu saja di depan mata tanpa sempat dirawat.

-Banyak negara² kuasa besar seperti Australia, Canada, Perancis, Jerman dll membatalkan penerbangan ke China buat sementara malah ada negara yg tidak membenarkan rakyat China masuk ke negara dan negeri mereka termasuk Sabah dan Sarawak.

Dlm keadaan rakyat China berpusu² lari dr negara mereka negara lain pula tidak menerima kedatangan mereka.

-Banyak syarikat penerbangan terpaksa menanggung kerugian gara² banyak penerbangan ke China terpaksa dibatalkan.Tiada lg warga dunia yg mahu ke China takut dijangkiti.

-Seluruh dunia seolah² memboikot negara China,mengelak dr bertemu rakyat China terutama yg baru tiba dr negara China.

-Bertambah malang Coronavirus ni bukanlah makhluk berbentuk objek dan ia x mampu dilihat dengan mata,dijangkiti melalui udara dan hingga hari ini China masih belum mampu menahan Coronavirus dr terus menular menyerang rakyatnya tanpa belas kasih dan mereka masih belum menemui penawarnya walau mereka punya teknologi yg hebat yg mereka banggakan.

Kesimpulannya.

Sapa yg menghantar wabak Coronavirus ke China?Jawapannya adalah ALLAH SWT.

ALLAH yg mengantar Coronavirus ke China bg mengajar dan memberi pengajaran kepada bangsa yg sombong angkuh kononnya tiada kuasa yg mampu melawan kemajuan dan kehebatan mereka.

Mereka lupa mereka cuma makhluk dan hamba yg sangat lemah dan ALLAHlah Pemilik alam ini dan Dia lah ALLAH yg maha berkuasa yg mampu menghapus penduduk bumi dlm sekelip mata.

Ini juga adalah satu Bencana bg menghukum mereka yg menyiksa umat islam Uighur tanpa belas kasih hanya kerana mereka itu umat islam. Bukan saja umat islam etnik Uighur dizalimi malah ajaran islam dihalang dr terus diamal oleh etnik Uighur ini, Al Quran dibakar,solat dihalang, suami isteri dpisahkan dan dipaksa pula wanita islam berkahwin dengan rakyat China yg bukan islam.

Mereka tidak tahu satu²nya agama yg diterima disisi ALLAH adalah Islam. Hari ini doktor² dan rakyat China disaran membasuh tangan, hidung dan mulut sehari paling kurang 4 kali untuk elak dr dijangkiti virus corona sedangkan ajaran islam mengajar umatnya berwuduk iaitu membasuh mulut, hidung, tangan, kepala, telinga dan kaki sehari 5 kali. Boleh nampak tak betapa islam sangat menjaga kebersihan dan mementingkan kesihatan umatnya?

Umat islam yg jaga solat sehari wuduk 5 Kali insyaAllah ALLAH jaga dan elak dijangkiti Coronavirus. Untung kan jd umat Islam? itu yg China x mahu lihat berlaku dan tersebar di bumi China dan akibatnya hari ini mereka seolah² dihantui mimpi ngeri yg belum ada penghujungnya.

Kalau mereka rasa mereka sudah cukup berkuasa dan bangsa yg hebat mereka lupa dan tidak tahu Qarun yg jauh lebih kaya mati ditelan bumi, bangsa Firaun yg jauh berkali ganda lebih hebat dari China mati ditelan laut. Namrud raja yg luas kuasanya dimusnahkan Allah melalui makhluknya yg kecil iaitu nyamuk, Tentera Abrahah yg gagah satu ketika dulu dihancurkan ALLAH melalui Burung Ababil.

Hari ini China yg rasa diri paling berkuasa ALLAH hantar tenteranya yg bernama Coronavirus.

Setakat negara China yg pada mata kita sangat luas dan besar hebat tp disisi ALLAH ia hanya sebesar kuman sekelip mata boleh dihapuskan dr muka bumi.

Kalau China rasa mereka mampu memenjara ribuan umat islam Uighur sewenang wenangnya, hari ini dengan kuasa ALLAH seluruh dunia seolah² sedang memenjara seluruh rakyat China, memboikot, menjauhkan diri dr rakyat China, tidak membenarkan rakyat China masuk ke negara² lain malah rakyat China sendiri tidak dibenarkan keluar dr negara mereka.

Dasyat kan penangan Coronavirus?

Sekarang sapa lg hebat dan berkuasa? Negara China atau ALLAH?Pokoknya jangn sesekali angkuh dan sombong dengan kuasa yg ada.Jangan cabar kuasa ALLAH. Bukan setakat bencana Coronavirus malah jauh dr itu ALLAH mampu menghukum hamba²nya yg ingkar. Itu baru hukuman dunia tunggulah hukuman di akhirat puluhan kali ganda jauh lebih dahsyat menyiksakan.

Pengajaran dari wabak Coronavirus ini adalah:

Kehebatan yg kita ada hanyalah sementara, duit yg kita ada adalah sementara, kekayaan yg kita ada adalah sementara, kecantikan, harta yg kita miliki adalah sementara, keluarga anak isteri adalah sementara, kesihatan yg kita kecapi adalah sementara, kuasa yg kita banggakan adalah sementara.

Dan semua itu bukanlah milik kita semuanya milik ALLAH. Bila² masa saja semua yg kita miliki akan diambil semula dan hilang sekelip mata.Jadi untuk apa kita bangga dengan nikmat yg tidak kekal.Selagi diberi kuasa rendahkan diri,jangan zalimi mereka yg lemah dan x punya kuasa…

Sungguh andai doa mereka yg dizalimi dimakbulkan ALLAH tunggulah azab dan balasan ALLAH itu x tertanggung.

Lihatlah betapa indahnya bumi Kundasang.Ini juga antara ciptaan ALLAH yg mengasyikkan mata “berjalanlah kamu dimuka bumi lihatlah keindahan dan kehebatan ciptaanku,ambillah pengajaran darinya.”

Jauh perjalanan,indah pemandangan,tambah pengetahuan dan pengalaman,mengajar kita erti kehidupan.

Moga dengan kita mengambil pengajaran dr setiap kejadian ALLAH lalu kita dijauhkan dr sifat bangga diri dan sedar diri kita cuma hamba x punya apa² dan tidak lupa pd sang pencipta alam semesta ALLAH Rabbul Alaminn walau siapa kita walau dimana kita berada.

Tasawuf.

💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥
🌸Ilmu Hakikat & Makrifat?🌸

✒Jln mengenal Allah (Makrifat) perlu di pelajari secara disiplin ilmu tarikat yg muktabar di pimpin oleh guru2 yg mursyid, spt telah di sebut oleh Al Imam Ghazali antara lainnya menyebut:
“Ilmu dan amalan tarekat Tasawuf adalah ilmu rasa (zauq) yang hanya dapat dicapai dengan cara merasa (berterusan berzikrullah) dan jalan ‘uzlah (bersuluk) sahaja. Ianya tidak akan dapat dicapai dengan jalan mendengar dan ta’lim (belajar) seperti ilmu hadis, ilmu kalam, ilmu tauhid, ilmu tafsir dan lain-lain.”
Al Imam Ghazali ra

✒Zaman mutakhirin ini ramai yg suka membicara2 isu2 ilmu hakikat atau ilmu2 makrifat ini sehingga ada yg membawa bicara ilmu2 ini di hotel2, mereka buat prgm2 bicara ilmu secara eklusif, ini termasuklah geng2 lepat yg yg dikenali dgn berambut panjang bergulung2 ala gaya hidup rasta, mereka ni suka bicara ilmu yg dikatakan hakikat dan makrifat ini di warung2 sambil hisap rokok, bahkan mereka ini lebih berani bicara tanpa adab mentakwilkan ayat2 Alquraan mengikut zahir ayat kpd takwilan mengikut akal dan nafsu mereka semata2 kemudian meyebarkan pula di you2 tube bagi mendapat seramai follower (pengikut2) terutama mereka yg kurang arif pada bicara ilmu ini

✒Ada juga usaha mereka ini membukukan pula utk disebarkan kpd peminat2 dan pendukung2 mereka ini, kaedah mereka2 ini menunjukkan dari segi adab shj sudah bercangah dgn budaya dan disiplin martabat keilmuan yg dibawa oleh para ulamak2 sufi yg muktabar terutama dlm membicarakan ilmu kpd mengenal dan mendekatkan diri kpd Allah, sebenarnya mereka ini hanyalah membicarakan ilmu yg bermain2 dan berawang diruang akal serta nafsu mereka shj, bahkan perkara tersebut boleh membawa kpd satu fikrah kesesatan dan kefahaman yg batil lagi meyeleweng dari sudut pegangan akidah sebenar

✒Pengajian ilmu tentang tasauf (tauhid sufi), makrifat, hakikat ini ia perlulah dilalui dgn jln beramal dan bermujahadah dgn disiplin ilmu yg di pimpin oleh guru2 yg mursyid lagi bersanad sahih rantaiannya sampai kpd Rasulullah SAW serta mereka2 ini tinggi himmah serta adabnya dlm memipin dan membicarakan keilmuan ini serta berpegang teguh kpd alquraan dan sunnah Rasulullah, jika hanya nak pegang hakikat dan makrifat tanpa syariat itu hanya fikrah2 kazab (pendusta) lagi batil, ini lah dikatakan perkara2 termasuk dlm fitnah akhir zaman, mohon berlindung kpd Allah agar kita semua terselamat dan menjauhi diri dari golongan batilah seumpama ini waullahua’allam.
💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥